Thursday, January 19, 2012

(-_-) What happen to me???

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setia rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku


Tuesday, January 17, 2012

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 3)



"Woi Ya!! Ko ni apasal? Dari tadi aku panggil ko, ko buat derk je. Ko nampak hantu ke?" Jasmina menepuk bahu Sufya. Sufya tersedar dari lamunannya. 'Ya Allah, apakah aku bermimpi? Diakah tadi?' bisik hatinya. "Hei perempuan ni, ko ni kenapa? Dah kena sampuk hantu ke?" bebel Jasmina lagi. "Sorry Mina, Ya tak sengaja mengelamun. Ya nampak seseorang tadi." Sufya menjawab sambil menundukkan mukanya. Hampir menitis air matanya selepas melihat kelibat pasangan yang agak mesra sebentar tadi. "Eh Ya, ko terasa ke dengan aku tadi? Ya aku mintak maaf ya. Aku betul-betul tak sengaja nak marah ko. Pantang aku kalau aku cakap orang tak pandang. Sorry Ya." Jasmina menyesali perbuatannya sebentar tadi. "It's ok Mina. Not your fault." Sufya memandang Jasmina sambil tersenyum. "Kenapa ko tengok diorang tu? Ko kenal ke?" soal Jasmina sambil memandang ke arah pasangan tersebut. "Mmmm tak de pape la, jom kita balik." ajak Sufya. Jasmina seperti lembu dicucuk hidung. Hanya menurut langkah Sufya. Sepanjang perjalanan pulang, Sufya hanya diam membisu. Jasmina seakan dapat membaca apa yang berlaku. 'Ni mesti ade kaitan dengan lelaki tadi.' Jasmina bermonolog dalam hati. 

Usai solat, Sufya berteleku di atas sejadah. 'Ya Allah, Kau jauhkanlah diriku dari kesedihan ini. Kuatkanlah hatiku ini. Hanya padaMu aku berserah.' sedaya upaya Sufya menahan titisan air matanya daripada melimpah. Jasmina yang sedari tadi memerhati gelagat Sufya datang menghampiri. "Ya, kau kenapa? Kenapa kau sedih macam ni? Ceritalah pada aku. Mana la tahu, bila kau luahkan kau akan rasa tenang. Aku sedia mendengar Ya." Jasmina mengusap perlahan-lahan belakang Sufya. Sufya memandang Jasmina dengan mata yang berkaca. Lantas dipeluknya teman sebiliknya itu yang kini menjadi rakan baiknya. Teresak-esak Sufya menangis di bahu Jasmina. "I just need your shoulder to cry." balas Sufya dalam esakan yang panjang. 

"Ya, esok aku balik rumah. Jom ikut balik." pinta Jasmina ala ala manja. "Ala, segan la Mina. Lagipun adik beradik kau semua balik esok. Tak pe la,aku nak habiskan cuti hujung minggu aku dalam bilik je." Sufya  menjawab sambil mengenyitkan sedikit matanya. "Ko tak bosan ke asyik terperap dalam bilik je. Jom la Ya. Best sikit kalau ko ikut aku." Jasmina masih tidak berputus asa. "Tak nak!" balas Sufya dengan selamba keluar dari bilik. 'Eeei perempuan ni, degil betul la!' marah Jasmina dalam hati. 

Sufya hanya memandang kosong keluar tingkap. Dilihatnya kereta milik Jasmina menyusur laju keluar  dari pagar kolej mereka. Apabila bayangan kereta Jasmina hilang dari pandangan, Sufya kembali ke meja belajar nya. Banyak assignment yang masih perlu disiapkan. Tanpa disedari, sudah hampir 5 semester Sufya bergelar mahasiswa. Berkat doa dan usaha yang tak pernah putus dari ibu bapanya dan juga dirinya, setiap semester Sufya tersenarai sebagai penerima anugerah dekan di fakultinya. Selain daripada cemerlang dalam akademik, Sufya juga bergiat aktif dalam bidang sukan dan kelab-kelab yang disertainya. Sehingga dia berjaya merangkul gelaran olahragawati universiti dan pendebat terbaik kebangsaan. Sufya juga bergiat aktif dalam  teater di universiti dan pernah mewakili Kelab Kebudayaan dalam pertandingan nyanyian irama malaysia. Kesibukannya di kampus menyebabkan dia lupa akan kisah cintanya. Nazrin, lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu dan kini lelaki itu telah menjadi sejarah yang tak mungkin untuk dia lupakan hingga akhir hayatnya.  

"Korang nampak Ya tak?" Jasmina bertanya dengan sekumpulan pelajar yang sedang bersembang dibawah pondok bacaan di hadapan fakulti. "Tadi dia tengah duduk melukis kat atas bukit tu." salah seorang pelajar membalas pertanyaan Jasmina dengan menunjuk ke arah bukit di tepi bangunan fakulti mereka. "Ok, terima kasih Julie sayang." Jasmina membalas sambil tersenyum. Sufya sudah sememangnya dikenali di fakultinya oleh semua pelajar dan pensyarah serta staff-staff sokongan. Kepandaiannya tiada tolok bandingan dan bakatnya terserlah dalam apa jua yang disertainya. Bagi Sufya, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sufya tidak dilahirkan dengan anugerah bakat yang semulajadi. Setiap perkara yang disertainya akan dimulakan dengan minat dan dia akan sedaya upaya untuk mempelajari benda baru yang disertainya itu. Sufya pelajar yang proaktif. Setiap kemudahan yang ada di universiti akan digunakan dengan sebaik mungkin kerna baginya inilah peluang baginya untuk menikmati semua kemudahan yang tak mungkin untuk ibu dan bapanya sediakan. 

"Ya!" Sufya menoleh ke arah Jasmina yang termengah-mengah mendaki anak bukit itu. "Mina, ada apa kau cari aku sampai sini ni? Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu kat bilik?" Sufya kembali meneruskan lakarannya. "Sebab penting la aku sanggup daki bukit ni. Ya Allah, punya la banyak tempat yang cantik-cantik, atas bukit yang banyak pokok ni jugak ko pilih. Fuhh, penatnya." omel Jasmina. "Kenapa Mina? Perdana Menteri nak jumpa aku ke?" Sufya tersenyum sumbing memandang Jasmina. "A'ah, Perdana Menteri kirim salam. Ni ha, dia siap bagi hadiah lagi. Pakej sekali dengan kad baik punya." balas Jasmina sambil  menghulurkan beg kertas kepada Sufya lalu mengambil tempat duduk disebelah Sufya. "Orang yang sama lagi ke ni?" Jasmina sekadar mengangguk tanpa menoleh ke arah Sufya. "Ya, asal ko lukis buruk sangat ni?" Jasmina cuba untuk menukar topik perbualan mereka. "Nak elak jawab soalan aku la tu. Mina, siapa yang bagi ni? Tak boleh ke ko bagitau siapa?" Sufya menggoncang-goncang badan Jasmina. "Tak boleh! Aku dah janji dengan dia untuk simpan rahsia identiti dia. Belum masanya lagi. Dah tak payah nak buat muka seposen ko tu. Jom balik! Malam ni aku nak pergi training." Jasmina menyusun peralatan lukisan Sufya tanpa disuruh. 

Sesudah melipat sejadah, Sufya terpandang beg kertas yang diberikan oleh Jasmina petang tadi. Dibukanya beg tersebut. 'Tudung lagi.' detiknya. Sufya memandang Jasmina yang sedang kusyuk menelaah. 'Perempuan ni pun satu, bagitau jela.' Sufya meletakkan beg kertas tersebut diatas almari. Masuk kali ni, dah 10 hadiah yang diterimanya. 10 kad dan 10 jenis tudung. Kesemua kad yang diterimanya ditulis dengan ucapan yang sama. 'C.A.N.A.D.A' 

~to be continued~

Monday, January 16, 2012

Semua Salahku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Ya Allah, Ya Tuhanku...jika ini yang dapat menghilangkan kesedihanku...aku memohon padaMU, Kau hilangkanlah ingatanku terhadapnya Ya Allah...aku sudah tidak sanggup untuk menanggung kesedihan ini keseorangan...tiada tempat untuk aku mengadu melainkan padaMU Ya Allah.....aku memohon padaMU agar jangan pertemukan aku dengan lelaki lain melainkan bakal suamiku Ya Allah....sesungguhnya hanya padaMU ku berserah....aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi Ya Allah....biarlah air mata ini mengalir hanya untuk insan yang bergelar suami buatku Ya Allah....

Amin Ya Rabbal'Alamin.......

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 2)

Sufya memandang sekeliling. Agak asing baginya dengan suasana dewan tersebut. Dia membetulkan lipat tudungnya itu. Dipandang kiri dan kanannya sambil tersenyum. "Hai, assalamualaikum. Saya Aina Sufya." ramah Sufya menyapa kenalan barunya itu. "Waalaikummussalam, saya Jasmina. Selamat berkenalan." sahabat barunya itu menjawab sambil tersenyum. "Awak ambil jurusan apa ye?" pantas Sufya bertanya. "Saya ambil jurusan Sains Sukan. Awak?" soal Jasmina pula. "Saya Pengurusan Sukan." balas Sufya. "Oh maknanya kita satu fakulti la ni ye." Jasmina begitu teruja. "Ye, oh ya awak boleh panggil saya Ya." pinta Sufya. "Ok, awak pula boleh panggil saya Mina." balas Jasmina sambil tersenyum. Dalam rancak berbual,nama mereka berdua dipanggil untuk pendaftaran kolej. Jasmina tambah teruja bila ditempatkan satu bilik dengan Sufya. 'Begini rupanya perasaan pertama kali menjejak kaki ke menara gading. Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu.' syukur Sufya dalam hati. 

Sufya berjalan beriringan dengan Jasmina ke blok kolej mereka. Mereka ditempatkan di tingkat 4 blok 3 Kolej Kediaman Balqis itu. Setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Setelah memeriksa semua peralatan di dalam bilik tersebut, Sufya turun untuk mendapatkan bapa dan ibunya yang dari tadi setia menantinya. Usai semua barang diangkat, bapa Sufya mengajaknya makan di restoran berhampiran dengan kolejnya. Suasana gamat di dalam restoran tersebut dengan keriuhan para ibu dan bapa yang menghantar anak masing-masing untuk sesi pendaftaran kolej. Dalam keriuhan orang ramai, Sufya terpandang Jasmina melambai-lambai ke arahnya. Sufya tersenyum. Sufya mengajak bapa dan ibunya mendapatkan Jasmina, teman biliknya.

"Abah, mak, kenalkan ni roommate Ya. Mina." Sufya memperkenalkan Jasmina kepada ibu bapanya. Jasmina bersalaman dengan bapa dan ibu Sufya. "Siapa yang hantar Mina ke sini?" soal Sufya tatkala melihat Mina keseorangan. "Oh, mama dan papa. Diorang baru je balik. Lagipun mama dan papa nak ke airport,ambil Along." Sufya sekadar mengangguk dengan penjelasan Mina. Mereka berempat makan bersama di restoran tersebut. Selesai makan, ibu bapa Sufya minta diri untuk pulang. "Ingat pesan Abah, belajar rajin-rajin. Semua ni untuk masa depan Ya, bukan kami." pesan bapanya. "Baik Abah, Ya ingat pesan abah." Setelah ibu bapanya masuk ke dalam teksi, sempat Sufya berpesan kepada Pak Jamal supaya memandu berhati-hati. Pak Jamal merupakan sahabat baik bapanya sejak dalam tentera lagi. Setelah masing-masing pencen, Pak Jamal bekerja memandu teksi sewa manakala bapanya mengusahakan tanah pusaka keluarganya yang sekangkang kera itu. Sufya memandang teksi sewa Pak Jamal itu sehingga ia hilang dari pandangan. 'Ya Allah, Kau peliharakanlah perjalanan mereka.' doa Sufya dalam hati.

"Ya, esok kita gerak ke fakulti sama-sama ye." sapa Jasmina usai Sufya solat. "Ok, Mina dah solat?" soal Sufya. Jasmina tersenyum mengangguk sambil meneruskan bacaannya. Selesai melipat sejadah, Sufya memandang Jasmina. "Mina suka baca novel orang putih ye. Best ke cerita tu?" Sufya menyoal Jasmina yang dilihatnya sedang asyik membaca. "A'ah, novel ni best. Ni present dari Along masa birthday Mina tahun lepas. Nanti ambillah baca kalau Ya nak." jawab Jasmina tanpa menoleh. Sufya sekadar tersenyum. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Sudah 3 minggu lebih Sufya tidak dapat menghubungi kekasih hatinya. 'Marah benar dia dengan keputusanku' benaknya berkata-kata. 

"Wei Naz, ko tak pergi hantar buah hati ko masuk U ke?" sindir Mail tatkala duduk di bangku bersebelahan dengan Nazrin. Warung Pak Jabit itu sudah menjadi port untuk mereka melepak tengok bola. Nazrin tidak memberi apa-apa jua respon untuk soalan kawannya itu. Baginya, keputusan yang dilakukan oleh Sufya sangat mencabar kewibawaannya sebagai lelaki. "Agak-agak ko la kan Ramli, kalau kita nak minang orang perempuan yang ada ijazah ni, paling koman pun berapa hantarannya?" soal Mail sambil mengerling ke arah Nazrin. "Aku rasa RM30,000 kompom dalam tangan.Kalau tak de jugak banyak tu, bank kan banyak. Pinjam jela. Pastu dah kahwin dapat anak cagar kat bank sebab tak mampu bayar." terbahak-bahak semua yang ada di dalam kedai tersebut. Nazrin sepantas kilat bangun dan meninggalkan teman-temannya itu. "Marah nampak!!" pekik Mail tatkala melihat Nazrin membuka pintu kereta. 'Kau memang dah memalukan aku Sufya!!' Nazrin memukul stereng keretanya. 
 
~to be continued~

Sunday, January 15, 2012

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 1)


"Cik Sufya, tolong 'key in' data baru ni. Semua ini buku-buku yang baru sampai tadi" arah Encik Talib. 
"Baik encik." jawab Sufya sambil meneruskan tugasnya. Seperti biasa, pelanggan yang datang membeli hari ini tak ramai, mungkin pelajar ramai yang sudah pulang untuk menikmati cuti masing-masing. 
"Oh ya, kalau awak nak balik nanti, kunci semua pintu ya." Sufya mengangguk sambil tersenyum dengan arahan Encik Talib. Seperti kebiasaan, Sufya akan menjadi orang yang pertama membuka kedai dan orang yang terawal pulang. 

Semenjak kedai buku itu dibuka 2 bulan yang lepas, hanya Sufya satu-satunya pekerja yang ada. Sufya mula bekerja di situ selepas dia tamat Tingkatan 6. Itupun atas jasa baik kekasihnya yang mencarikannya kerja sementara dia menantikan keputusan STPM. Dengan gaji RM500 sebulan, sudah cukup baginya untuk berbelanja dan membantu keluarga. Duit gajinya digunakan untuk membayar bil elektrik dan air.

Tak sampai setengah jam Sufya memasukkan data baru itu ke dalam komputer di kaunter pembayaran itu, dia sudah bersiap-siap untuk pulang. Diintainya sejenak ke bilik bosnya sambil dia mengunci pintu. Setelah dia pasti tiada barangnya yang tertinggal, dia berjalan ke bilik bosnya meminta diri untuk pulang. Dicapainya motor buruk bapanya, dan dia terus meninggalkan kedai buku itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia pantas mengingati samada ibunya ada berpesan apa-apa untuk dibeli. Setelah yakin tiada barang yang dipesan, Sufya meneruskan perjalanan. Begitulah rutin setiap hari Sufya sejak 2 bulan yang lalu dia mula bekerja di kedai buku salah sebuah universiti yang berada berhampiran rumahnya. 

"Ya, ni ada surat untuk ya. Pagi tadi sampai." beritahu bapanya. Dicapainya surat yang berada dalam genggaman bapanya. Dilihatnya tertera lambang universiti tempatan diatas sampul surat itu. 
"Terima kasih abah!" balas Sufya sambil membetulkan duduknya di atas katilnya itu. 

Bapanya sudah berlalu dari biliknya. 'Ni surat tawaran universiti ni.' bisik hatinya. Dengan perasaan yang berdebar-debar, Sufya membuka sampul surat itu lantas dibaca isi kandungan surat tersebut. 'Ya, Allah, aku bersyukur dengan rezekiMu ini.' Sufya tersenyum setelah membaca surat tersebut. 'Pasti Abah gembira.' senyumnya lagi. Namun, pantas dia tersedar. 'Macam mana pula dengan Nazrin?' bisik hatinya. 'Boleh ke dia terima keputusan aku ni?' Pelbagai persoalan yang timbul dalam benaknya. 'Ya Allah, Kau berilah aku petunjukMu agar aku tidak khilaf dalam membuat keputusan.' doanya dalam hati. Sufya tersenyum lalu berjalan ke arah ibu dan bapanya. 

"Surat apa tu Ya? Macam penting je Abah tengok." tanya bapanya sebaik melihat Sufya keluar dari bilik. "Surat tawaran universiti abah. Ya dapat masuk UiTM." jawabnya dengan gembira. 
"Alhamdulillah, dapat juga kau masuk universiti ye Ya. Tak sia-sia kau belajar Tingkatan 6." ibunya mencelah. "UiTM mana tu Ya?" soal bapanya lagi. "UiTM Shah Alam Abah. Jurusan Pengurusan Sukan." balasnya. "Dari kecik sampai nak masuk universiti pun, sukan jugak yang kau pilih ye Ya." bapanya membalas sampai mencapai kotak rokok. "Dah rezeki Ya dalam bidang ni Abah, Ya mintak jugak jurusan lain tapi tak dapat. Nak buat macam mana" Sufya berkata sambil mencium pipi bapa dan ibunya. "Dah itu yang dia minat abahnya" tambah ibunya lagi. Sufya tersenyum sambil berlalu ke biliknya. "Minggu depan kita pergi beli barang-barang yang kamu perlukan ke universiti tu ye." beritahu bapanya. Sufya tersenyum dan mengangguk. 

Dibalik pintu biliknya, Sufya terdengar perbualan bapa dan ibunya. "Esok awak teman saya mengangkit ye. Kita pergi ke baruh dulu, lepas tu baru kita ngangkit getah yang kat darat pulak." Ibunya sekadar mengangguk sambil membawa ikan bilis yang sudah selesai dibuang tahi itu ke dapur. 'Ya akan belajar bersungguh-sungguh!' bisiknya hati Sufya sambil melihat senyuman yang terukir dibibir bapanya. 'Itulah senyuman yang Ya nak tengak masa Ya tamat belajar nanti.' azamnya lagi. 

Menitis air matanya melihat kegembiraan yang terpancar diraut wajah ibu bapanya. 'Nazrin?' Sufya tersedar yang dia belum memberitahu kekasih hatinya itu. Lalu dicapainya telefon bimbitnya. 

Awak... (^_^) 
Ya Syg... (^_^) balas Nazrin tak sampai seminit.
Awak buat apa tu? Dah makan? 
Dah,baru lepas makan. Syg dah makan? 
Belum lagi. Tunggu mak masak.
Eh, tak tolong mak masak ke ni? 
(^_^) hihi....tak. Awak, sy de sesuatu nak bagitau awk ni. 
Ape dia? Nampak hepy je ni. 
Saya dapat masuk U!!!! (^_^)

Lama Sufya menanti balasan mesej dari Nazrin. 'Ke mana pulak dia ni?' bisiknya. 

Keesokan harinya, Sufya masih tidak mendapat apa-apa respond dari Nazrin. Setelah dia memberitahu bosnya berkenaan tawaran universiti tersebut, bosnya menyerahkan surat dan borang untuk diisi. "Nampaknya,terpaksa la saya tampal iklan lagi." bosnya berkata sambil tersenyum. "Apa-apa pun, Tahniah Cik Sufya! Belajar la sungguh-sungguh ye." pesan bosnya. "Terima kasih Encik Talib. Halalkan segala makan minum saya sepanjang saya bekerja disini." balas Sufya sambil tersenyum. Sekilas, Sufya terpandang kereta milik kekasihnya dipandu melalui hadapan kedai buku itu. Tak sempat Sufya nak memanggil Nazrin, kereta itu dipandu pecut meninggalkan perkarangan kedai tersebut. 'Kenapa dia tak menoleh?' benaknya berkata-kata. 

Tarikh pendaftaran memasuki kolej semakin hampir, namun hingga kini Nazrin masih diam membisu. Tiada balasan mesej, telefon pun tak angkat. Sufya semakin runsing. 'Salah ke keputusan aku ni? Kenapa dia tak nak faham aku?' Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Sufya. 'Ya Allah, ku harap keputusan yang ku lakukan ini adalah yang terbaik Ya Rabb' Sufya berdoa dalam hati.

~to be continued~

Saturday, January 14, 2012

Bicara Hati

NOBODY PERFECT

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Orang perempuan ni dijadikan sangat istimewa di mata Allah SWT, apa yang mereka rasakan, mereka akan luahkan samada dalam bentuk percakapan ataupun perbuatan, jadi tak salah kalau kita nak luahkan segalanya, namun kita perlu tahu batasannya." (kata-kata Sheila Rusly dalam drama Ampunkan Daku)

Ya, aku PEREMPUAN yang dilahirkan ke dunia dengan pelbagai keistimewaan...tapi aku juga insan yang sangat lemah....aku banyak kelemahan...... ;-(

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..



Friday, January 13, 2012

Takdir Allah

Pics credit to mmm xtaw blog sape ^_^

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amin."

Orang kata andai kita mengalami tekanan perasaan, kita mesti kena luahkan samada kepada orang lain ataupun secara fizikal...tapi aku tak ada siapa nak kongsikan masalah aku....ya, aku keseorangan....jadi tempat untuk aku luahkan segala yang terbuku dalam sanubariku adalah di laman ni....

Aku tak pasti apa yang aku alami sekarang ni....mungkin ini semua berpunca dari diriku...aku tahu aku bersalah....aku yang mulakan pertelingkahan ni...aku dah minta maaf dah...tapi kenapa susah sangat dia nak maafkan aku...siapa aku dalam hidup dia.... ;-( 

Mungkin aku TAK LAYAK untuk dirinya....mungkin bukan aku yang patut muncul dalam hidup dia....mungkin aku perlu SEDAR bahawa aku bukan seseorang yang teristimewa dalam hidup dia....Ya, mungkin aku perlu SEDAR DIRI.....aku tak patut ganggu hidup dia....biarkan dia bahagia dengan hidupnya....dia lebih bahagia TANPA aku..... ;-( 

Ya Allah, kuatkanlah hatiku.....

 


Pancake at home

 Bahan-bahan Pancakes :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 atau 2 cawan susu segar (masukkan sedikit demi sedikit sampai habis)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 sudu besar butter(dicairkan)
Bahan-Bahan untuk cicah (pilih mengikut kesesuaian dan citarasa):
  • Maple syrup (Contoh: jenama Pillsbury)
  • Madu 
  • Butter
  • Sosej goreng
        Cara masakan untuk Pancakes :
      1. Masukkan tepung, butter, gula, garam dan telur dan susu ke dalam sebuah bekas. Gaulkan sehingga sebati. Tidak perlu guna 'mixer', cuma guna senduk.
      2. Masukkan baking powder dan esen vanilla. Gaulkan lagi.
      3. Panaskan kuali jenis leper (Frying pan) dalam 2-3 minit tetapi TIDAK PERLU letak minyak langsung.
      4. Gunakan senduk atau sudu untuk tuangkan adunan kedalam frying pan. (Jangan tuang semua) dan buat bentuk bulat. Saiz bulatan bolehlah mengikut kesukaan anda. Setelah beberapa minit terbalikkan pancakes dan tunggu beberapa minit lg sebelum angkat (Hingga menjadi warna coklat di kedua-dua bahagian)
      5. Ulang cara 4 untuk membuat pancakes lain sampailah adunan habis. Pancakes sangat sedap sekiranya dicicah dengan maple syrup(seperti di Mcdonald) dan butter. Namun pancakes juga boleh dimakan bersama madu atau sosej goreng mengikut cita rasa anda.
      Selamat mencuba resipi dari meja editor. Resipi ringkas dan mudah untuk bersahur..

    COMEL CERITA INI


    How do you expect kids to listen to their parents as TARZAN lives half naked, CINDERELLA comes back home at midnight, PINNOCCHIO lies all the time, ALADDIN is a friend of jin, BATMAN drives at 320KM/h, SLEEPING BEAUTY is lazy and SNOW WHITE lives with seven guys. We shouldn't be surprised if kids misbehave at times, they get this from their own STORYBOOKS, huh!
    -'Aainaa Told Me-

    Situasi 1:
    "Makcik, Nabi kena ada pedang dengan pistol tau, baru dia boleh menang dengan musuh dia kan?" Aqil bertanya.
    "Owh, ha'ah, nanti Nabi jadi lagi kuat, insya-Allah dia menang dengan musuh dia." Saya membalas sambil tersenyum.

    Situasi 2:
    "Eh, eh makcik, kenapa Ultraman tu bergaduh dengan Ultraman lagi satu? Hero mana boleh bergaduh sesama sendiri kan?" Aqil bersuara sambil mata terpaku melihat iklan di TV.
    "Haaa?" respon saya ringkas sambil berfikir mencari jawapan.
    "Ultraman tu tak sependapat, sebab tu dia bergaduh" balas Kak Lin, ibu Aqil sambil disambut dengan gelak tawa kami semua. Jawapan 'tak sependapat' itu di luar jangkaan kami.

    Situasi 3:
    "Abi, Maktam, Mak Uda, Makcik, cepatlah main Ben-10, jom, jom!" bersungguh-sungguh Aqil mengajak. Kami sedang leka membaca akhbar dan menonton TV ketika itu.
    "Macam mana main Ben-10? Makcik tak tau," kata saya.
    "Haaa, makcik bukak tangan macam ni, pusing-pusing sikit, lepas tu......" Aqil membuat sesi tunjuk ajar agar segera dapat bermain bersama. Aduh!

    MINDA ANAK-ANAK DIASAH SEDARI KECIL

    Anak-anak kecil sememangnya tidak lari daripada meminati dunia fantasi dan imaginasi. Bukan perkara yang menghairankan apabila melihat mereka duduk berjam-jam menghadap TV dengan kartun, animasi, dongeng, fantasi. Tidak kira cerita Barat, Jepun, mahupun cerita tempatan. Mereka juga akan menjadi sedikit taksub kepada watak-watak kartun tersebut. Sehinggakan beg sekolah, bekas pensil, baju, kasut, kek hari lahir, patung, gambar, mainan, dan banyak lagi perkara mesti ada hero-hero mereka ini.

    Persoalannya, adakah kisah hero-hero mereka itu dapat membantu mengembangkan daya pemikiran anak-anak kecil kita? Kelak di masa hadapan, bolehkah mereka menyelesaikan pelbagai masalah di dalam kehidupan yang sememangnya banyak cabaran ini. Apakah dengan keadaan itu memudahkan mereka beroleh pengalaman yang banyak sekaligus menjadikan mereka matang dalam bertindak?

    MATANG, BIJAK, BERNAS

    Apa kata kita gantikan hero-hero mereka dengan kisah-kisah para Nabi dan para sahabat? Kisah-kisah yang kita pasti benar, bukan diada-adakan, bukan juga dongengan. Maka ini bererti kita juga perlu ada ilmu dalam usaha untuk menyampaikan kisah-kisah ini. Jangan hanya sekadar membelikan buku dan kemudian menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk dibaca sendiri. Pendekatan yang bagaimana?
    Bedtime stories mungkin adalah salah satu cara. Pelbagaikan dengan gaya bicara, memek muka, ton suara, pergerakan badan, dan macam-macam cara lagi yang kreatif dan menarik.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
    "Dan semua kisah dari Rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu" (Hud : 120)

    Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah terdahulu yang benar-benar berlaku. Mudah-mudahan pengajaran yang ada dapat dikongsi dan menyentuh hati si kecil. Khabarkan kepada mereka kisah-kisah yang tiada unsur-unsur khurafat. Semuanya adalah dari Allah S.W.T. Pergantungan dan keyakinan hanya pada-Nya. Bukan kekuatan Cicakman, Ultraman, Power Rangers, Dragon Ball, Sailormoon, Naruto, dan sebagainya.
    Biarkan mereka lebih mempercayai Allah S.W.T dari kuasa-kuasa lain, mengenali Rasulullah S.A.W lebih dari Ben-10, menyanjungi Saidatina Aisyah r.a berbanding Barbie. Tanamkan mereka dengan kisah-kisah yang fiksyen yang benar supaya daya imaginasi mereka berkembang dan tidak terhad. Fiksyen pergerakan bumi, matahari, bulan, planet-planet, lautan, tumbuhan dan sebagainya yang akhirnya dikaitkan dengan kehebatan Allah S.W.T, Sang Pencipta. Lenakan mereka dengan kisah ajaib dan fantastik para Nabi dan sahabat. Mukjizat dan karamah yang Allah S.W.T kurniakan kepada mereka untuk dakwah. Ada Nabi yang mampu menyembuhkan penyakit, bersuara lunak, membuat peralatan perang, berwajah manis, membelah bulan, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah seperti ini bukan hanya tanggungjawab ustaz dan ustazah di sekolah. Kelak, anak-anak hanya menghafal cerita untuk lulus peperiksaan Pendidikan Islam bahagian Sirah. Haaa, akan jadi parah! Mudah-mudahan dengan usaha kita yang tidak mudah ini menyebabkan mereka apabila sahaja diuji dengan kesusahan dalam hidup, mereka akan teringat kisah Nabi Ayub a.s dalam menghadapi cabaran. Jika mereka mendapat nikmat dan keuntungan pula, terbayang di benak fikiran mereka, Nabi Sulaiman a.s yang memerintah sebuah kerajaan yang besar, namun tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Apabila senang, syukur apabiila susah, sabar! Insya-Allah, pemikiran mereka akan lebih dewasa dari usia. Mampu memberi pendapat yang matang, bijak, serta bernas. Mereka tidak lagi akan bertindak melulu, sebaliknya banyak bersabar dalam mengambil langkah penyelesaian yang terbaik.
    Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa-apa yang dibiasakan oleh orang tuanya, anak-anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya, namun orang dekatnya yang membuat ia menjadi hina.
    –Abul A'la Al-Maududi-

    Mampukah?
    *****

    Waktu kecil dahulu, Mama akan rakam suara dia bercerita apa-apa kisah dalam kaset, nanti bila-bila kalau Mama tiada di rumah, kami akan pasang kaset tu dan dengar sendiri.
    -'Azzah-

    "Makcik, Nabi ada kicap tak? Nanti boleh Nabi masukkan dalam botol, lepas tu sembur kicap tu kat muka musuh-musuh Nabi, haaaa." Aqil bercerita dengan penuh teruja.
    "Errkk!" saya terdiam. Oh, kuasa imaginasi!

    P/S : Kicap adalah makanan kegemaran Aqil.

    Wednesday, January 11, 2012

    JATUH CINTA DENGAN LAGU INI ^_^

    Dalam keheningan
    Dan hadir bayangan
    Kerana percintaan
    Yang berangan sesalan

    Ku rindu wajahmu
    Sejak kau bertamu
    Hanya satu dari dulunya
    Selalu untukmu

    Kembalilah tak ingin
    Berulang kisah
    Sedetik berpisah
    Aku ikut bersalah
    Tetapi waktu berubah
    Pergi saat indah
    Kekasih...

    Masih lagi perlu
    Mengapa membisu
    Ku rayu kepadamu 
    Ruangkanku hatiku

    Terus menanti
    Walau seribu kali
    Kemaafan ini
    Abadi ke sisi

    Tinggal ku sendiri
    Merenungi sepi
    Fahami hingga nanti
    Kau menjadi memori
    Ceritera kita

    Berakhir segala
    Bahagia akan tiba
    Suatu masa semula
    Oh...oh...ouh...

    Life is K.E.H.I.D.U.P.A.N





    Hi peeps..... ^_^
    Assalamualaikum..........

    Dah lama dah saya tak update blog and post saya.....FYI, this is my last semester...but actually, last semester yang saya perlu tempuhi dengan menghadapi peperiksaan......this semester I only take 5 papers for my final.....leisure sikit....but pening jugak nak hadapinya....for sure, next semester will be my new experience because next semester I will be go through with my internship program......rezeki Allah, saya ditempatkan di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil....di bahagian Admininstration......quiet happy and nervous too because this is first time for me to work in sport industry.....hopefully, I can manage it properly and with full of ethical....hihihi 

    Semester depan juga merupakan semester untuk saya menyiapkan thesis saya.....Thesis??? mmmm sesuatu yang sebenarnya tak susah,cuma kita yang menyusahkannya.....huhu benda yang senang akan jadi rumit bila kita rumitkan ia.....tapi saya tetap terus berdoa, harap-harap Tuhan bantu saya untuk mengharungi segala kepayahan ini....dan doa saya, saya harap saya dapat menghabiskan 3tahun pengajian saya dengan jayanya...actually,tarikh tamat pengajian saya teranjak kehadapan sikit sebab last semester kami merasa bercuti selama 4bulan.....^_^ but it's ok....janji kami boleh tamatkan pengajian dengan cemerlang....

    Perasaan menjadi pelajar U???? Kalau nak tau apa perasaan saya,saya sangat-sangat bersyukur dan gembira sebab dapat buat hati orang yang saya sayang gembira dan bangga dengan saya....semua ni untuk ABAH dan MAK.......bergelar mahasiswa bukan sesuatu yang mudah....perlukan keyakinan, keazaman, kecekalan, dan semangat juang yang tinggi untuk menghabiskan pengajian....setiap semester ada cabarannya....semua tu Alhamdulillah dapat saya tempuhi dengan tenang berkat doa keluarga.....banyak kenangan dan kepahitan yang saya hadapi sepanjang bergelar mahasiswa....seronok bila dapat ramai kawan dan mengenali ramai pensyarah yang memotivasikan diri saya secara tidak langsung......kejayaan mereka, perjalanan hidup mereka menjadi faktor sokongan dan motivasi untuk diri saya.....siapa tak mahu berjaya kan?? 

    Semoga Allah terus mendengar doa dan harapan saya selagi saya belum berjaya.....belum berjaya sebagai mahasiswa, sebagai manusia dan sebagai seorang anak yang mahu membahagiakan keluarga dengan kerjaya yang teguh....

    ~Peace no war~

    Link Saya

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Slide Ini Wan n Zril Yg Wat ^_^