"Cik Sufya, tolong 'key in' data baru ni. Semua ini buku-buku yang baru sampai tadi" arah Encik Talib.
"Baik encik." jawab Sufya sambil meneruskan tugasnya. Seperti biasa, pelanggan yang datang membeli hari ini tak ramai, mungkin pelajar ramai yang sudah pulang untuk menikmati cuti masing-masing.
"Oh ya, kalau awak nak balik nanti, kunci semua pintu ya." Sufya mengangguk sambil tersenyum dengan arahan Encik Talib. Seperti kebiasaan, Sufya akan menjadi orang yang pertama membuka kedai dan orang yang terawal pulang.
Semenjak kedai buku itu dibuka 2 bulan yang lepas, hanya Sufya satu-satunya pekerja yang ada. Sufya mula bekerja di situ selepas dia tamat Tingkatan 6. Itupun atas jasa baik kekasihnya yang mencarikannya kerja sementara dia menantikan keputusan STPM. Dengan gaji RM500 sebulan, sudah cukup baginya untuk berbelanja dan membantu keluarga. Duit gajinya digunakan untuk membayar bil elektrik dan air.
Tak sampai setengah jam Sufya memasukkan data baru itu ke dalam komputer di kaunter pembayaran itu, dia sudah bersiap-siap untuk pulang. Diintainya sejenak ke bilik bosnya sambil dia mengunci pintu. Setelah dia pasti tiada barangnya yang tertinggal, dia berjalan ke bilik bosnya meminta diri untuk pulang. Dicapainya motor buruk bapanya, dan dia terus meninggalkan kedai buku itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia pantas mengingati samada ibunya ada berpesan apa-apa untuk dibeli. Setelah yakin tiada barang yang dipesan, Sufya meneruskan perjalanan. Begitulah rutin setiap hari Sufya sejak 2 bulan yang lalu dia mula bekerja di kedai buku salah sebuah universiti yang berada berhampiran rumahnya.
"Ya, ni ada surat untuk ya. Pagi tadi sampai." beritahu bapanya. Dicapainya surat yang berada dalam genggaman bapanya. Dilihatnya tertera lambang universiti tempatan diatas sampul surat itu.
"Terima kasih abah!" balas Sufya sambil membetulkan duduknya di atas katilnya itu.
Bapanya sudah berlalu dari biliknya. 'Ni surat tawaran universiti ni.' bisik hatinya. Dengan perasaan yang berdebar-debar, Sufya membuka sampul surat itu lantas dibaca isi kandungan surat tersebut. 'Ya, Allah, aku bersyukur dengan rezekiMu ini.' Sufya tersenyum setelah membaca surat tersebut. 'Pasti Abah gembira.' senyumnya lagi. Namun, pantas dia tersedar. 'Macam mana pula dengan Nazrin?' bisik hatinya. 'Boleh ke dia terima keputusan aku ni?' Pelbagai persoalan yang timbul dalam benaknya. 'Ya Allah, Kau berilah aku petunjukMu agar aku tidak khilaf dalam membuat keputusan.' doanya dalam hati. Sufya tersenyum lalu berjalan ke arah ibu dan bapanya.
"Surat apa tu Ya? Macam penting je Abah tengok." tanya bapanya sebaik melihat Sufya keluar dari bilik. "Surat tawaran universiti abah. Ya dapat masuk UiTM." jawabnya dengan gembira.
"Alhamdulillah, dapat juga kau masuk universiti ye Ya. Tak sia-sia kau belajar Tingkatan 6." ibunya mencelah. "UiTM mana tu Ya?" soal bapanya lagi. "UiTM Shah Alam Abah. Jurusan Pengurusan Sukan." balasnya. "Dari kecik sampai nak masuk universiti pun, sukan jugak yang kau pilih ye Ya." bapanya membalas sampai mencapai kotak rokok. "Dah rezeki Ya dalam bidang ni Abah, Ya mintak jugak jurusan lain tapi tak dapat. Nak buat macam mana" Sufya berkata sambil mencium pipi bapa dan ibunya. "Dah itu yang dia minat abahnya" tambah ibunya lagi. Sufya tersenyum sambil berlalu ke biliknya. "Minggu depan kita pergi beli barang-barang yang kamu perlukan ke universiti tu ye." beritahu bapanya. Sufya tersenyum dan mengangguk.
Dibalik pintu biliknya, Sufya terdengar perbualan bapa dan ibunya. "Esok awak teman saya mengangkit ye. Kita pergi ke baruh dulu, lepas tu baru kita ngangkit getah yang kat darat pulak." Ibunya sekadar mengangguk sambil membawa ikan bilis yang sudah selesai dibuang tahi itu ke dapur. 'Ya akan belajar bersungguh-sungguh!' bisiknya hati Sufya sambil melihat senyuman yang terukir dibibir bapanya. 'Itulah senyuman yang Ya nak tengak masa Ya tamat belajar nanti.' azamnya lagi.
Menitis air matanya melihat kegembiraan yang terpancar diraut wajah ibu bapanya. 'Nazrin?' Sufya tersedar yang dia belum memberitahu kekasih hatinya itu. Lalu dicapainya telefon bimbitnya.
Awak... (^_^)
Ya Syg... (^_^) balas Nazrin tak sampai seminit.
Awak buat apa tu? Dah makan?
Dah,baru lepas makan. Syg dah makan?
Belum lagi. Tunggu mak masak.
Eh, tak tolong mak masak ke ni?
(^_^) hihi....tak. Awak, sy de sesuatu nak bagitau awk ni.
Ape dia? Nampak hepy je ni.
Saya dapat masuk U!!!! (^_^)
Lama Sufya menanti balasan mesej dari Nazrin. 'Ke mana pulak dia ni?' bisiknya.
Keesokan harinya, Sufya masih tidak mendapat apa-apa respond dari Nazrin. Setelah dia memberitahu bosnya berkenaan tawaran universiti tersebut, bosnya menyerahkan surat dan borang untuk diisi. "Nampaknya,terpaksa la saya tampal iklan lagi." bosnya berkata sambil tersenyum. "Apa-apa pun, Tahniah Cik Sufya! Belajar la sungguh-sungguh ye." pesan bosnya. "Terima kasih Encik Talib. Halalkan segala makan minum saya sepanjang saya bekerja disini." balas Sufya sambil tersenyum. Sekilas, Sufya terpandang kereta milik kekasihnya dipandu melalui hadapan kedai buku itu. Tak sempat Sufya nak memanggil Nazrin, kereta itu dipandu pecut meninggalkan perkarangan kedai tersebut. 'Kenapa dia tak menoleh?' benaknya berkata-kata.
Tarikh pendaftaran memasuki kolej semakin hampir, namun hingga kini Nazrin masih diam membisu. Tiada balasan mesej, telefon pun tak angkat. Sufya semakin runsing. 'Salah ke keputusan aku ni? Kenapa dia tak nak faham aku?' Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Sufya. 'Ya Allah, ku harap keputusan yang ku lakukan ini adalah yang terbaik Ya Rabb' Sufya berdoa dalam hati.
~to be continued~
No comments:
Post a Comment