Kisah seorang Jurutera yang sangat mencintai isterinya yang telah menbuatkan aku ingin mencoretkan sesuatu yang telah lama terbuku dalam sanubari ini. Coretan ini aku tujukan khas buat seseorang yang masih lagi bertahta dalam hati dan ingatan aku ini. Aku tahu,mungkin coretan ini tidak akan dibaca olehnya lantaran perangainya yang kurang gemar ber'online'. Dia sangat istimewa dalam hidupku. Aku tahu aku telah melakukan banyak kesalahan yang tak akan semudah itu untuknya terima kehadiran aku dalam hidupnya kembali. Dia adalah yang terbaik untukku. Hati aku tetap akan terus terbuka untuknya walaupun aku tahu dia bakal memilih insan lain selain dariku. Demi Allah, aku amat menyesali dengan apa yang telah aku lakukan terhadapnya. Cintanya terhadapku amat murni tapi kenapa aku boleh kabur dengan janji manis insan lain. Setelah apa yang telah terjadi pada diriku,baru aku sedar bahawa tiada yang lebih baik selain dirinya. Dia adalah sumber inspirasiku. Dia adalah kekuatanku untuk aku jadi insan yang terbaik. Dia adalah dorongan untuk aku berjaya dalam hidup ini. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati ini. Dan aku berjanji,selagi dia belum menjadi milik abadi insan lain, selagi itu aku akan setia menanti kehadirannya dalam hidup aku. Tapi aku tetap akan berdoa supaya dia akan menemui kebahagiaan yang dia inginkan walaupun itu semua bukan datangnya dariku. Hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hatiku bila dia menghubungiku semula tempoh hari. Dan perkhabaran yang paling membuatkan hati aku melonjak kegembiraan adalah dia kini bukan lagi milik insan lain. Namun aku sedar, tak semudah itu dia terus menerima cinta aku kembali. Ya, dia perlukan masa. Dan aku tetap akan menunggunya walaupun dikala masa itu sudah tiba, bukan aku yang akan menjadi pilihannya. Walaupun pahit untuk aku terima,namun aku tetap akan mendoakan kebahagiaannya. Kerna bagiku, kebahagiaannya adalah kebahagiaanku, senyumannya adalah senyumanku, dan tawanya adalah tawaku. Namun,jika memang telah ditakdirkan bahawa dia memilihku, aku telah berjanji bahawa aku akan membahagiakan hidupnya selagi nyawa dikandung badan. Aku akan menjadikannya insan yang paling bahagia dibumi ini. Aku akan terus belajar memahami dirinya. Aku akan tetap setia memberinya dorongan untuknya terus berjaya dalam hidupnya. Itu janji aku untuknya. Aku tahu, tak semudah itu untuknya mempercayai kata-kataku ini, tapi aku tetap akan terus berusaha untuk membuktikan semua kata-kataku ini. Sehingga kini cinta aku untuknya masih tidak pernah padam. Aku akan tetap memastikan nyalaan cinta aku untuknya tidak akan padam. Hanya dia yang aku tunggu dari dulu,kini dan selamanya.
" Ya Allah, jika benar dia tercipta untukku, Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Namun, jika dia bukan milikku, Kau berikanlah dia kebahagiaan yang dia impikan selama ini" Amin...Ya Rabbal A'lamin........ (~,~)
Dia tahu maksud lagu ini......
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
hye..sad story...is it about ur life or jz a copy? =)
ReplyDeletehye...
ReplyDeletethis is my real story...
for sure....^_^