Saturday, February 12, 2011

Its all about me......(◕‿◕✿)

Nak taw lebih lanjut tentang diri aku....baca la entries dibawah ni (^_^)

19 Februari 1989, aku dilahirkan dari rahim seorang ibu yang bernama Ropiah Bt Zainuddin. Aku dikhamatkan oleh seorang bapa yang bernama Halid B. Kulop Mat di Hospital Besar Ipoh yang kini lebih dikenali sebagai Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Ibuku seorang surirumah sepenuh masa manakala bapaku seorang tentera dan kini telah bersara. Aku diberi nama Noor Fyaezah Bt Halid (just pronoun with Faizah).

Pendidikan pertamaku adalah di Tadika Kemas Kg Teluk Kepayang seawal umur 5 tahun (tak sabar sangat nak sekolah,sanggup ikut abang pergi tadika). Kemudian, aku dihantar ke Sekolah Kebangsaan Bakong sehingga aku tamat darjah 6 dengan jayanya. Pendidikan menengah aku pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri dan aku bersekolah disitu sehingga tamat tingkatan 5. Aku mengambil keputusan untuk tidak memasuki mana-mana universiti setelah aku tamat tingkatan 5 dan aku menyambung pelajaran aku ke peringkat Pra- U(STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub selama setahun setengah. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku berjaya memasuki UiTM untuk menyambung pelajaranku ke peringkat ijazah dengan mengambil Bachelor of Sport Management (Hons). 

Aku??? Seorang yang sangat "low profile" dan sederhana. Dalam pelajaran dan juga sukan, aku boleh dikatakan sebagai seorang yang bertanggungjawab,komited, bersungguh-sungguh dan juga bersemangat. Tapi , aku juga seorang yang susah untuk memberi komitmen. Kenapa?? sebab aku susah nak fokus pada 2 perkara sekali gus. Contohnya, aku pernah masuk Kor Sukarelawan Polis di UiTM tapi aku mengambil keputusan untuk berhenti separuh jalan kerana aku dapat rasakan yang aku tak dapat nak beri sepenuh komitmen dalam Suksis ni. Dan pelajaran aku turut terganggu disebabkan terlalu banyak aktiviti yang mengganggu konsentrasi aku dalam pelajaran. Dan aku juga seorang yang tidak suka ditekan atau dikongkong keterlaluan sehinggakan privasi aku turut diganggu. Itulah aku.   



saje je tampal picture c kecik ni ^_^

No comments:

Post a Comment

Link Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Slide Ini Wan n Zril Yg Wat ^_^