How do you expect kids to listen to their parents as TARZAN lives half naked, CINDERELLA comes back home at midnight, PINNOCCHIO lies all the time, ALADDIN is a friend of jin, BATMAN drives at 320KM/h, SLEEPING BEAUTY is lazy and SNOW WHITE lives with seven guys. We shouldn't be surprised if kids misbehave at times, they get this from their own STORYBOOKS, huh!
-'Aainaa Told Me-
Situasi 1:
"Makcik, Nabi kena ada pedang dengan pistol tau, baru dia boleh menang dengan musuh dia kan?" Aqil bertanya.
"Owh, ha'ah, nanti Nabi jadi lagi kuat, insya-Allah dia menang dengan musuh dia." Saya membalas sambil tersenyum.
Situasi 2:
"Eh, eh makcik, kenapa Ultraman tu bergaduh dengan Ultraman lagi satu? Hero mana boleh bergaduh sesama sendiri kan?" Aqil bersuara sambil mata terpaku melihat iklan di TV.
"Haaa?" respon saya ringkas sambil berfikir mencari jawapan.
"Ultraman tu tak sependapat, sebab tu dia bergaduh" balas Kak Lin, ibu Aqil sambil disambut dengan gelak tawa kami semua. Jawapan 'tak sependapat' itu di luar jangkaan kami.
Situasi 3:
"Abi, Maktam, Mak Uda, Makcik, cepatlah main Ben-10, jom, jom!" bersungguh-sungguh Aqil mengajak. Kami sedang leka membaca akhbar dan menonton TV ketika itu.
"Macam mana main Ben-10? Makcik tak tau," kata saya.
"Haaa, makcik bukak tangan macam ni, pusing-pusing sikit, lepas tu......" Aqil membuat sesi tunjuk ajar agar segera dapat bermain bersama. Aduh!
MINDA ANAK-ANAK DIASAH SEDARI KECIL
Anak-anak kecil sememangnya tidak lari daripada meminati dunia fantasi dan imaginasi. Bukan perkara yang menghairankan apabila melihat mereka duduk berjam-jam menghadap TV dengan kartun, animasi, dongeng, fantasi. Tidak kira cerita Barat, Jepun, mahupun cerita tempatan. Mereka juga akan menjadi sedikit taksub kepada watak-watak kartun tersebut. Sehinggakan beg sekolah, bekas pensil, baju, kasut, kek hari lahir, patung, gambar, mainan, dan banyak lagi perkara mesti ada hero-hero mereka ini.
Persoalannya, adakah kisah hero-hero mereka itu dapat membantu mengembangkan daya pemikiran anak-anak kecil kita? Kelak di masa hadapan, bolehkah mereka menyelesaikan pelbagai masalah di dalam kehidupan yang sememangnya banyak cabaran ini. Apakah dengan keadaan itu memudahkan mereka beroleh pengalaman yang banyak sekaligus menjadikan mereka matang dalam bertindak?
MATANG, BIJAK, BERNAS
Apa kata kita gantikan hero-hero mereka dengan kisah-kisah para Nabi dan para sahabat? Kisah-kisah yang kita pasti benar, bukan diada-adakan, bukan juga dongengan. Maka ini bererti kita juga perlu ada ilmu dalam usaha untuk menyampaikan kisah-kisah ini. Jangan hanya sekadar membelikan buku dan kemudian menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak untuk dibaca sendiri. Pendekatan yang bagaimana?
Bedtime stories mungkin adalah salah satu cara. Pelbagaikan dengan gaya bicara, memek muka, ton suara, pergerakan badan, dan macam-macam cara lagi yang kreatif dan menarik.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan semua kisah dari Rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu" (Hud : 120)
Ceritakan kepada anak-anak kisah-kisah terdahulu yang benar-benar berlaku. Mudah-mudahan pengajaran yang ada dapat dikongsi dan menyentuh hati si kecil. Khabarkan kepada mereka kisah-kisah yang tiada unsur-unsur khurafat. Semuanya adalah dari Allah S.W.T. Pergantungan dan keyakinan hanya pada-Nya. Bukan kekuatan Cicakman, Ultraman, Power Rangers, Dragon Ball, Sailormoon, Naruto, dan sebagainya.
Biarkan mereka lebih mempercayai Allah S.W.T dari kuasa-kuasa lain, mengenali Rasulullah S.A.W lebih dari Ben-10, menyanjungi Saidatina Aisyah r.a berbanding Barbie. Tanamkan mereka dengan kisah-kisah yang fiksyen yang benar supaya daya imaginasi mereka berkembang dan tidak terhad. Fiksyen pergerakan bumi, matahari, bulan, planet-planet, lautan, tumbuhan dan sebagainya yang akhirnya dikaitkan dengan kehebatan Allah S.W.T, Sang Pencipta. Lenakan mereka dengan kisah ajaib dan fantastik para Nabi dan sahabat. Mukjizat dan karamah yang Allah S.W.T kurniakan kepada mereka untuk dakwah. Ada Nabi yang mampu menyembuhkan penyakit, bersuara lunak, membuat peralatan perang, berwajah manis, membelah bulan, dan lain-lain lagi. Kisah-kisah seperti ini bukan hanya tanggungjawab ustaz dan ustazah di sekolah. Kelak, anak-anak hanya menghafal cerita untuk lulus peperiksaan Pendidikan Islam bahagian Sirah. Haaa, akan jadi parah! Mudah-mudahan dengan usaha kita yang tidak mudah ini menyebabkan mereka apabila sahaja diuji dengan kesusahan dalam hidup, mereka akan teringat kisah Nabi Ayub a.s dalam menghadapi cabaran. Jika mereka mendapat nikmat dan keuntungan pula, terbayang di benak fikiran mereka, Nabi Sulaiman a.s yang memerintah sebuah kerajaan yang besar, namun tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada-Nya. Apabila senang, syukur apabiila susah, sabar! Insya-Allah, pemikiran mereka akan lebih dewasa dari usia. Mampu memberi pendapat yang matang, bijak, serta bernas. Mereka tidak lagi akan bertindak melulu, sebaliknya banyak bersabar dalam mengambil langkah penyelesaian yang terbaik.
Anak-anak kita akan tumbuh menurut apa-apa yang dibiasakan oleh orang tuanya, anak-anak tidaklah menjadi tercela oleh akalnya, namun orang dekatnya yang membuat ia menjadi hina.
–Abul A'la Al-Maududi-
Mampukah?
*****
Waktu kecil dahulu, Mama akan rakam suara dia bercerita apa-apa kisah dalam kaset, nanti bila-bila kalau Mama tiada di rumah, kami akan pasang kaset tu dan dengar sendiri.
-'Azzah-
"Makcik, Nabi ada kicap tak? Nanti boleh Nabi masukkan dalam botol, lepas tu sembur kicap tu kat muka musuh-musuh Nabi, haaaa." Aqil bercerita dengan penuh teruja.
"Errkk!" saya terdiam. Oh, kuasa imaginasi!
P/S : Kicap adalah makanan kegemaran Aqil.
No comments:
Post a Comment