Tuesday, January 17, 2012

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 3)



"Woi Ya!! Ko ni apasal? Dari tadi aku panggil ko, ko buat derk je. Ko nampak hantu ke?" Jasmina menepuk bahu Sufya. Sufya tersedar dari lamunannya. 'Ya Allah, apakah aku bermimpi? Diakah tadi?' bisik hatinya. "Hei perempuan ni, ko ni kenapa? Dah kena sampuk hantu ke?" bebel Jasmina lagi. "Sorry Mina, Ya tak sengaja mengelamun. Ya nampak seseorang tadi." Sufya menjawab sambil menundukkan mukanya. Hampir menitis air matanya selepas melihat kelibat pasangan yang agak mesra sebentar tadi. "Eh Ya, ko terasa ke dengan aku tadi? Ya aku mintak maaf ya. Aku betul-betul tak sengaja nak marah ko. Pantang aku kalau aku cakap orang tak pandang. Sorry Ya." Jasmina menyesali perbuatannya sebentar tadi. "It's ok Mina. Not your fault." Sufya memandang Jasmina sambil tersenyum. "Kenapa ko tengok diorang tu? Ko kenal ke?" soal Jasmina sambil memandang ke arah pasangan tersebut. "Mmmm tak de pape la, jom kita balik." ajak Sufya. Jasmina seperti lembu dicucuk hidung. Hanya menurut langkah Sufya. Sepanjang perjalanan pulang, Sufya hanya diam membisu. Jasmina seakan dapat membaca apa yang berlaku. 'Ni mesti ade kaitan dengan lelaki tadi.' Jasmina bermonolog dalam hati. 

Usai solat, Sufya berteleku di atas sejadah. 'Ya Allah, Kau jauhkanlah diriku dari kesedihan ini. Kuatkanlah hatiku ini. Hanya padaMu aku berserah.' sedaya upaya Sufya menahan titisan air matanya daripada melimpah. Jasmina yang sedari tadi memerhati gelagat Sufya datang menghampiri. "Ya, kau kenapa? Kenapa kau sedih macam ni? Ceritalah pada aku. Mana la tahu, bila kau luahkan kau akan rasa tenang. Aku sedia mendengar Ya." Jasmina mengusap perlahan-lahan belakang Sufya. Sufya memandang Jasmina dengan mata yang berkaca. Lantas dipeluknya teman sebiliknya itu yang kini menjadi rakan baiknya. Teresak-esak Sufya menangis di bahu Jasmina. "I just need your shoulder to cry." balas Sufya dalam esakan yang panjang. 

"Ya, esok aku balik rumah. Jom ikut balik." pinta Jasmina ala ala manja. "Ala, segan la Mina. Lagipun adik beradik kau semua balik esok. Tak pe la,aku nak habiskan cuti hujung minggu aku dalam bilik je." Sufya  menjawab sambil mengenyitkan sedikit matanya. "Ko tak bosan ke asyik terperap dalam bilik je. Jom la Ya. Best sikit kalau ko ikut aku." Jasmina masih tidak berputus asa. "Tak nak!" balas Sufya dengan selamba keluar dari bilik. 'Eeei perempuan ni, degil betul la!' marah Jasmina dalam hati. 

Sufya hanya memandang kosong keluar tingkap. Dilihatnya kereta milik Jasmina menyusur laju keluar  dari pagar kolej mereka. Apabila bayangan kereta Jasmina hilang dari pandangan, Sufya kembali ke meja belajar nya. Banyak assignment yang masih perlu disiapkan. Tanpa disedari, sudah hampir 5 semester Sufya bergelar mahasiswa. Berkat doa dan usaha yang tak pernah putus dari ibu bapanya dan juga dirinya, setiap semester Sufya tersenarai sebagai penerima anugerah dekan di fakultinya. Selain daripada cemerlang dalam akademik, Sufya juga bergiat aktif dalam bidang sukan dan kelab-kelab yang disertainya. Sehingga dia berjaya merangkul gelaran olahragawati universiti dan pendebat terbaik kebangsaan. Sufya juga bergiat aktif dalam  teater di universiti dan pernah mewakili Kelab Kebudayaan dalam pertandingan nyanyian irama malaysia. Kesibukannya di kampus menyebabkan dia lupa akan kisah cintanya. Nazrin, lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu dan kini lelaki itu telah menjadi sejarah yang tak mungkin untuk dia lupakan hingga akhir hayatnya.  

"Korang nampak Ya tak?" Jasmina bertanya dengan sekumpulan pelajar yang sedang bersembang dibawah pondok bacaan di hadapan fakulti. "Tadi dia tengah duduk melukis kat atas bukit tu." salah seorang pelajar membalas pertanyaan Jasmina dengan menunjuk ke arah bukit di tepi bangunan fakulti mereka. "Ok, terima kasih Julie sayang." Jasmina membalas sambil tersenyum. Sufya sudah sememangnya dikenali di fakultinya oleh semua pelajar dan pensyarah serta staff-staff sokongan. Kepandaiannya tiada tolok bandingan dan bakatnya terserlah dalam apa jua yang disertainya. Bagi Sufya, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sufya tidak dilahirkan dengan anugerah bakat yang semulajadi. Setiap perkara yang disertainya akan dimulakan dengan minat dan dia akan sedaya upaya untuk mempelajari benda baru yang disertainya itu. Sufya pelajar yang proaktif. Setiap kemudahan yang ada di universiti akan digunakan dengan sebaik mungkin kerna baginya inilah peluang baginya untuk menikmati semua kemudahan yang tak mungkin untuk ibu dan bapanya sediakan. 

"Ya!" Sufya menoleh ke arah Jasmina yang termengah-mengah mendaki anak bukit itu. "Mina, ada apa kau cari aku sampai sini ni? Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu kat bilik?" Sufya kembali meneruskan lakarannya. "Sebab penting la aku sanggup daki bukit ni. Ya Allah, punya la banyak tempat yang cantik-cantik, atas bukit yang banyak pokok ni jugak ko pilih. Fuhh, penatnya." omel Jasmina. "Kenapa Mina? Perdana Menteri nak jumpa aku ke?" Sufya tersenyum sumbing memandang Jasmina. "A'ah, Perdana Menteri kirim salam. Ni ha, dia siap bagi hadiah lagi. Pakej sekali dengan kad baik punya." balas Jasmina sambil  menghulurkan beg kertas kepada Sufya lalu mengambil tempat duduk disebelah Sufya. "Orang yang sama lagi ke ni?" Jasmina sekadar mengangguk tanpa menoleh ke arah Sufya. "Ya, asal ko lukis buruk sangat ni?" Jasmina cuba untuk menukar topik perbualan mereka. "Nak elak jawab soalan aku la tu. Mina, siapa yang bagi ni? Tak boleh ke ko bagitau siapa?" Sufya menggoncang-goncang badan Jasmina. "Tak boleh! Aku dah janji dengan dia untuk simpan rahsia identiti dia. Belum masanya lagi. Dah tak payah nak buat muka seposen ko tu. Jom balik! Malam ni aku nak pergi training." Jasmina menyusun peralatan lukisan Sufya tanpa disuruh. 

Sesudah melipat sejadah, Sufya terpandang beg kertas yang diberikan oleh Jasmina petang tadi. Dibukanya beg tersebut. 'Tudung lagi.' detiknya. Sufya memandang Jasmina yang sedang kusyuk menelaah. 'Perempuan ni pun satu, bagitau jela.' Sufya meletakkan beg kertas tersebut diatas almari. Masuk kali ni, dah 10 hadiah yang diterimanya. 10 kad dan 10 jenis tudung. Kesemua kad yang diterimanya ditulis dengan ucapan yang sama. 'C.A.N.A.D.A' 

~to be continued~

No comments:

Post a Comment

Link Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Slide Ini Wan n Zril Yg Wat ^_^