Wednesday, September 14, 2011

mY 1sT pOSt aFtER bREak : Mungkin sudah tertulis takdir hidup aku begini......

menerimalah kejujuran bukan hanya apa yang ingin kita dengar melainkan
menerimalah kejujuran tentang apa yang sudah di jujurkan kepada kita

Ramai wanita diluar sana yang masih sangsi dengan kejujuran teman lelakinya mana tidaknya banyak kes-kes putus cinta, putus pertunangan malah lebih serius lagi berlakunya perceraian dalam rumahtangga. Ini yang membuatkan wanita menjadi trauma akibat perkara sebegini.  

Bagaimana ingin tahu lelaki bersikap jujur dalam percintaan -
  • Berkenalan sewaktu pertama kali berjumpa – Jika anda ingin berkenalan dengan seseorang pasti anda akan menceritakan semuanya perihal anda, latar belakang anda, family, berkerja sebagai apa dan dimana, hobi, makanan kegemaran dan sebagainya. Ini menunjukan anda benar ikhlas bagi membina hubungan cinta yang  suci dengannya.. Tetapi kalau anda lihat lelaki hanya menceritakan sambil lewa mengenainya ini bermakna dia tidak bersungguh-sungguh untuk menjalinkan hubungan dengan anda.
  • Memiliki sifat kesabaran yang tinggi – Kesabaran dalam percintaan memainkan peranan yang begitu penting sekali untuk memastikan hubunganya berkekalan. Lelaki yang jujur selalunya akan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi apabila melayan kerenah anda dan tidak pernah merasa bosan, jemu ataupun meluat melihat telatah dan perangai anda. Ini adalah tanda-tanda lelaki yang begitu setia dan sayang dengan hubungan cintanya.
  • Sentiasa peka dengan situasi penting Maksud saya situasi penting seperti mengingati tarikh lahir bila tibanya harijadi anda. Selain itu juga mereka yang peka dengan perkara yang anda lakukan tidak kira berkaitan hal kerjaya, pendidikan ataupun melibatkan hal family anda sekalipun. Lelaki jenis ini akan sentiasa berada disamping anda setiap masa dan ketikanya.
  • Bila anda ditimpa kesusahan – Ini merupakan 1 ujian yang harus dilalui oleh pasangan yang bercinta dan menilai tahap kejujuran serta sayangnya dia pada anda. Sebagai contoh bila anda sakit dan anda pun menelefon teman lelaki cuba anda lihat apakah tindakan bila dia mendapat tahu akan berita tersebut. Adakah dia gelisah dan terus berkejaran ke hospital ataupun hanya sikap endah tak endah sahaja.. Jika pasangan anda berkelakuan seperti ini anda boleh fikir sedalam-dalamnya untuk menerimanya dalam kehidupan anda.
Semoga dengan perkongsian yang tidak sehebat mana ini jika dibandingkan dengan pengetahuan yang di miliki Allah s.w.t seluas lautan biru tetapi cukup sekadar berkongsi untuk saya memartabatkan wanita dimata lelaki.

No comments:

Post a Comment

Link Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Slide Ini Wan n Zril Yg Wat ^_^