"Sebelum ni sayang la,tapi sekarang tak sayang dah"
Bukan niat untuk berdendam,tapi saya akan terus ingat kata-kata ni.....kata-kata ni juga la yang keluar dari mulut orang yang amat saya sayangi....ya,saya tak akan pernah lupa kata-kata yang amat mengguris perasaan saya ni..
Saya betul-betul tak sangka dia akan menuturkan kata-kata keramat ni...sangkaan saya,bila saya tanya dia samada dia masih sayangkan saya? Dia akan jawab dengan seikhlas hati bahawa dia sayangkan saya...tapi,telahan saya meleset sama sekali...jawapan yang diberikan benar-benar menghiris hati saya...apa salah saya??
Dia katakan dia rindu..tapi perbuatan dia tak menggambarkan yang dia rindukan saya...saya jaga hati dan perasaan dia,tapi sapa pula yang sudi menjaga hati dan perasaan saya...bertambah-tambah terluka saya bila diperlakukan sebegini...tak cukup diganggu oleh dengan mesej-mesej berbaur fitnah,perasaan saya pula dipijak-pijak....terima kasih Ya Allah...Kau beri aku dugaan sebegini...aku bersyukur...
Bukan untuk mempercayai tuduhan yang dilemparkan terhadap saya,tapi saya terasa seakan-akan tuduhan itu benar-benar ditujukan kepada saya....saya bukan satu-satunya insan yang ada dalam hati dia...terima kasih...hati saya benar-benar hancur...cukuplah sekali...saya sudah penat...terima kasih cinta...
No comments:
Post a Comment