Tuesday, February 4, 2014

Khas GTP

Government Transformation Program (GTP)

>Introduced at July, 27, 2009 by our PM, Dato' Seri Najib.

>Until now (2014), there are 7 National Key Result Areas (NKRA) under GTP.

>There are ;-

1. NKRA of crime
2. NKRA of bribe
3. NKRA of education
4. NKRA of low income household (LIH)
5. NKRA of cost of living (COL)
6. NKRA of urban public transport (UPT)
7. NKRA of rural basic infrustructure (RBI)

The results from this transformation ;-

1. According to the World Bank Ease of Doing Business Report 2013, Malaysia is the 12th country that friendly doing business in the world.

2. According to the Institute of Management Development in their World Competitiveness Yearbook 2012/2013 report, Malaysia is the 14th competitive country in the world. Both of these agencies placed Malaysia in the 4th country that protect the investors.

There are more results but I can share with you all only these 2 result that obviously happen.

Thursday, January 19, 2012

(-_-) What happen to me???

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua kasihku
Hanya untukmu
Setia rinduku nyata pada mu
Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata pada ku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku


Tuesday, January 17, 2012

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 3)



"Woi Ya!! Ko ni apasal? Dari tadi aku panggil ko, ko buat derk je. Ko nampak hantu ke?" Jasmina menepuk bahu Sufya. Sufya tersedar dari lamunannya. 'Ya Allah, apakah aku bermimpi? Diakah tadi?' bisik hatinya. "Hei perempuan ni, ko ni kenapa? Dah kena sampuk hantu ke?" bebel Jasmina lagi. "Sorry Mina, Ya tak sengaja mengelamun. Ya nampak seseorang tadi." Sufya menjawab sambil menundukkan mukanya. Hampir menitis air matanya selepas melihat kelibat pasangan yang agak mesra sebentar tadi. "Eh Ya, ko terasa ke dengan aku tadi? Ya aku mintak maaf ya. Aku betul-betul tak sengaja nak marah ko. Pantang aku kalau aku cakap orang tak pandang. Sorry Ya." Jasmina menyesali perbuatannya sebentar tadi. "It's ok Mina. Not your fault." Sufya memandang Jasmina sambil tersenyum. "Kenapa ko tengok diorang tu? Ko kenal ke?" soal Jasmina sambil memandang ke arah pasangan tersebut. "Mmmm tak de pape la, jom kita balik." ajak Sufya. Jasmina seperti lembu dicucuk hidung. Hanya menurut langkah Sufya. Sepanjang perjalanan pulang, Sufya hanya diam membisu. Jasmina seakan dapat membaca apa yang berlaku. 'Ni mesti ade kaitan dengan lelaki tadi.' Jasmina bermonolog dalam hati. 

Usai solat, Sufya berteleku di atas sejadah. 'Ya Allah, Kau jauhkanlah diriku dari kesedihan ini. Kuatkanlah hatiku ini. Hanya padaMu aku berserah.' sedaya upaya Sufya menahan titisan air matanya daripada melimpah. Jasmina yang sedari tadi memerhati gelagat Sufya datang menghampiri. "Ya, kau kenapa? Kenapa kau sedih macam ni? Ceritalah pada aku. Mana la tahu, bila kau luahkan kau akan rasa tenang. Aku sedia mendengar Ya." Jasmina mengusap perlahan-lahan belakang Sufya. Sufya memandang Jasmina dengan mata yang berkaca. Lantas dipeluknya teman sebiliknya itu yang kini menjadi rakan baiknya. Teresak-esak Sufya menangis di bahu Jasmina. "I just need your shoulder to cry." balas Sufya dalam esakan yang panjang. 

"Ya, esok aku balik rumah. Jom ikut balik." pinta Jasmina ala ala manja. "Ala, segan la Mina. Lagipun adik beradik kau semua balik esok. Tak pe la,aku nak habiskan cuti hujung minggu aku dalam bilik je." Sufya  menjawab sambil mengenyitkan sedikit matanya. "Ko tak bosan ke asyik terperap dalam bilik je. Jom la Ya. Best sikit kalau ko ikut aku." Jasmina masih tidak berputus asa. "Tak nak!" balas Sufya dengan selamba keluar dari bilik. 'Eeei perempuan ni, degil betul la!' marah Jasmina dalam hati. 

Sufya hanya memandang kosong keluar tingkap. Dilihatnya kereta milik Jasmina menyusur laju keluar  dari pagar kolej mereka. Apabila bayangan kereta Jasmina hilang dari pandangan, Sufya kembali ke meja belajar nya. Banyak assignment yang masih perlu disiapkan. Tanpa disedari, sudah hampir 5 semester Sufya bergelar mahasiswa. Berkat doa dan usaha yang tak pernah putus dari ibu bapanya dan juga dirinya, setiap semester Sufya tersenarai sebagai penerima anugerah dekan di fakultinya. Selain daripada cemerlang dalam akademik, Sufya juga bergiat aktif dalam bidang sukan dan kelab-kelab yang disertainya. Sehingga dia berjaya merangkul gelaran olahragawati universiti dan pendebat terbaik kebangsaan. Sufya juga bergiat aktif dalam  teater di universiti dan pernah mewakili Kelab Kebudayaan dalam pertandingan nyanyian irama malaysia. Kesibukannya di kampus menyebabkan dia lupa akan kisah cintanya. Nazrin, lelaki yang pernah bertahta dihatinya suatu ketika dahulu dan kini lelaki itu telah menjadi sejarah yang tak mungkin untuk dia lupakan hingga akhir hayatnya.  

"Korang nampak Ya tak?" Jasmina bertanya dengan sekumpulan pelajar yang sedang bersembang dibawah pondok bacaan di hadapan fakulti. "Tadi dia tengah duduk melukis kat atas bukit tu." salah seorang pelajar membalas pertanyaan Jasmina dengan menunjuk ke arah bukit di tepi bangunan fakulti mereka. "Ok, terima kasih Julie sayang." Jasmina membalas sambil tersenyum. Sufya sudah sememangnya dikenali di fakultinya oleh semua pelajar dan pensyarah serta staff-staff sokongan. Kepandaiannya tiada tolok bandingan dan bakatnya terserlah dalam apa jua yang disertainya. Bagi Sufya, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sufya tidak dilahirkan dengan anugerah bakat yang semulajadi. Setiap perkara yang disertainya akan dimulakan dengan minat dan dia akan sedaya upaya untuk mempelajari benda baru yang disertainya itu. Sufya pelajar yang proaktif. Setiap kemudahan yang ada di universiti akan digunakan dengan sebaik mungkin kerna baginya inilah peluang baginya untuk menikmati semua kemudahan yang tak mungkin untuk ibu dan bapanya sediakan. 

"Ya!" Sufya menoleh ke arah Jasmina yang termengah-mengah mendaki anak bukit itu. "Mina, ada apa kau cari aku sampai sini ni? Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu kat bilik?" Sufya kembali meneruskan lakarannya. "Sebab penting la aku sanggup daki bukit ni. Ya Allah, punya la banyak tempat yang cantik-cantik, atas bukit yang banyak pokok ni jugak ko pilih. Fuhh, penatnya." omel Jasmina. "Kenapa Mina? Perdana Menteri nak jumpa aku ke?" Sufya tersenyum sumbing memandang Jasmina. "A'ah, Perdana Menteri kirim salam. Ni ha, dia siap bagi hadiah lagi. Pakej sekali dengan kad baik punya." balas Jasmina sambil  menghulurkan beg kertas kepada Sufya lalu mengambil tempat duduk disebelah Sufya. "Orang yang sama lagi ke ni?" Jasmina sekadar mengangguk tanpa menoleh ke arah Sufya. "Ya, asal ko lukis buruk sangat ni?" Jasmina cuba untuk menukar topik perbualan mereka. "Nak elak jawab soalan aku la tu. Mina, siapa yang bagi ni? Tak boleh ke ko bagitau siapa?" Sufya menggoncang-goncang badan Jasmina. "Tak boleh! Aku dah janji dengan dia untuk simpan rahsia identiti dia. Belum masanya lagi. Dah tak payah nak buat muka seposen ko tu. Jom balik! Malam ni aku nak pergi training." Jasmina menyusun peralatan lukisan Sufya tanpa disuruh. 

Sesudah melipat sejadah, Sufya terpandang beg kertas yang diberikan oleh Jasmina petang tadi. Dibukanya beg tersebut. 'Tudung lagi.' detiknya. Sufya memandang Jasmina yang sedang kusyuk menelaah. 'Perempuan ni pun satu, bagitau jela.' Sufya meletakkan beg kertas tersebut diatas almari. Masuk kali ni, dah 10 hadiah yang diterimanya. 10 kad dan 10 jenis tudung. Kesemua kad yang diterimanya ditulis dengan ucapan yang sama. 'C.A.N.A.D.A' 

~to be continued~

Monday, January 16, 2012

Semua Salahku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Ya Allah, Ya Tuhanku...jika ini yang dapat menghilangkan kesedihanku...aku memohon padaMU, Kau hilangkanlah ingatanku terhadapnya Ya Allah...aku sudah tidak sanggup untuk menanggung kesedihan ini keseorangan...tiada tempat untuk aku mengadu melainkan padaMU Ya Allah.....aku memohon padaMU agar jangan pertemukan aku dengan lelaki lain melainkan bakal suamiku Ya Allah....sesungguhnya hanya padaMU ku berserah....aku sudah tidak mampu untuk bertahan lagi Ya Allah....biarlah air mata ini mengalir hanya untuk insan yang bergelar suami buatku Ya Allah....

Amin Ya Rabbal'Alamin.......

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 2)

Sufya memandang sekeliling. Agak asing baginya dengan suasana dewan tersebut. Dia membetulkan lipat tudungnya itu. Dipandang kiri dan kanannya sambil tersenyum. "Hai, assalamualaikum. Saya Aina Sufya." ramah Sufya menyapa kenalan barunya itu. "Waalaikummussalam, saya Jasmina. Selamat berkenalan." sahabat barunya itu menjawab sambil tersenyum. "Awak ambil jurusan apa ye?" pantas Sufya bertanya. "Saya ambil jurusan Sains Sukan. Awak?" soal Jasmina pula. "Saya Pengurusan Sukan." balas Sufya. "Oh maknanya kita satu fakulti la ni ye." Jasmina begitu teruja. "Ye, oh ya awak boleh panggil saya Ya." pinta Sufya. "Ok, awak pula boleh panggil saya Mina." balas Jasmina sambil tersenyum. Dalam rancak berbual,nama mereka berdua dipanggil untuk pendaftaran kolej. Jasmina tambah teruja bila ditempatkan satu bilik dengan Sufya. 'Begini rupanya perasaan pertama kali menjejak kaki ke menara gading. Terima kasih Ya Allah atas nikmatMu.' syukur Sufya dalam hati. 

Sufya berjalan beriringan dengan Jasmina ke blok kolej mereka. Mereka ditempatkan di tingkat 4 blok 3 Kolej Kediaman Balqis itu. Setiap bilik dihuni oleh dua orang pelajar. Setelah memeriksa semua peralatan di dalam bilik tersebut, Sufya turun untuk mendapatkan bapa dan ibunya yang dari tadi setia menantinya. Usai semua barang diangkat, bapa Sufya mengajaknya makan di restoran berhampiran dengan kolejnya. Suasana gamat di dalam restoran tersebut dengan keriuhan para ibu dan bapa yang menghantar anak masing-masing untuk sesi pendaftaran kolej. Dalam keriuhan orang ramai, Sufya terpandang Jasmina melambai-lambai ke arahnya. Sufya tersenyum. Sufya mengajak bapa dan ibunya mendapatkan Jasmina, teman biliknya.

"Abah, mak, kenalkan ni roommate Ya. Mina." Sufya memperkenalkan Jasmina kepada ibu bapanya. Jasmina bersalaman dengan bapa dan ibu Sufya. "Siapa yang hantar Mina ke sini?" soal Sufya tatkala melihat Mina keseorangan. "Oh, mama dan papa. Diorang baru je balik. Lagipun mama dan papa nak ke airport,ambil Along." Sufya sekadar mengangguk dengan penjelasan Mina. Mereka berempat makan bersama di restoran tersebut. Selesai makan, ibu bapa Sufya minta diri untuk pulang. "Ingat pesan Abah, belajar rajin-rajin. Semua ni untuk masa depan Ya, bukan kami." pesan bapanya. "Baik Abah, Ya ingat pesan abah." Setelah ibu bapanya masuk ke dalam teksi, sempat Sufya berpesan kepada Pak Jamal supaya memandu berhati-hati. Pak Jamal merupakan sahabat baik bapanya sejak dalam tentera lagi. Setelah masing-masing pencen, Pak Jamal bekerja memandu teksi sewa manakala bapanya mengusahakan tanah pusaka keluarganya yang sekangkang kera itu. Sufya memandang teksi sewa Pak Jamal itu sehingga ia hilang dari pandangan. 'Ya Allah, Kau peliharakanlah perjalanan mereka.' doa Sufya dalam hati.

"Ya, esok kita gerak ke fakulti sama-sama ye." sapa Jasmina usai Sufya solat. "Ok, Mina dah solat?" soal Sufya. Jasmina tersenyum mengangguk sambil meneruskan bacaannya. Selesai melipat sejadah, Sufya memandang Jasmina. "Mina suka baca novel orang putih ye. Best ke cerita tu?" Sufya menyoal Jasmina yang dilihatnya sedang asyik membaca. "A'ah, novel ni best. Ni present dari Along masa birthday Mina tahun lepas. Nanti ambillah baca kalau Ya nak." jawab Jasmina tanpa menoleh. Sufya sekadar tersenyum. Dia memandang ke arah telefon bimbitnya. Sudah 3 minggu lebih Sufya tidak dapat menghubungi kekasih hatinya. 'Marah benar dia dengan keputusanku' benaknya berkata-kata. 

"Wei Naz, ko tak pergi hantar buah hati ko masuk U ke?" sindir Mail tatkala duduk di bangku bersebelahan dengan Nazrin. Warung Pak Jabit itu sudah menjadi port untuk mereka melepak tengok bola. Nazrin tidak memberi apa-apa jua respon untuk soalan kawannya itu. Baginya, keputusan yang dilakukan oleh Sufya sangat mencabar kewibawaannya sebagai lelaki. "Agak-agak ko la kan Ramli, kalau kita nak minang orang perempuan yang ada ijazah ni, paling koman pun berapa hantarannya?" soal Mail sambil mengerling ke arah Nazrin. "Aku rasa RM30,000 kompom dalam tangan.Kalau tak de jugak banyak tu, bank kan banyak. Pinjam jela. Pastu dah kahwin dapat anak cagar kat bank sebab tak mampu bayar." terbahak-bahak semua yang ada di dalam kedai tersebut. Nazrin sepantas kilat bangun dan meninggalkan teman-temannya itu. "Marah nampak!!" pekik Mail tatkala melihat Nazrin membuka pintu kereta. 'Kau memang dah memalukan aku Sufya!!' Nazrin memukul stereng keretanya. 
 
~to be continued~

Sunday, January 15, 2012

C.I.N.T.A dan C.I.T.A (Part 1)


"Cik Sufya, tolong 'key in' data baru ni. Semua ini buku-buku yang baru sampai tadi" arah Encik Talib. 
"Baik encik." jawab Sufya sambil meneruskan tugasnya. Seperti biasa, pelanggan yang datang membeli hari ini tak ramai, mungkin pelajar ramai yang sudah pulang untuk menikmati cuti masing-masing. 
"Oh ya, kalau awak nak balik nanti, kunci semua pintu ya." Sufya mengangguk sambil tersenyum dengan arahan Encik Talib. Seperti kebiasaan, Sufya akan menjadi orang yang pertama membuka kedai dan orang yang terawal pulang. 

Semenjak kedai buku itu dibuka 2 bulan yang lepas, hanya Sufya satu-satunya pekerja yang ada. Sufya mula bekerja di situ selepas dia tamat Tingkatan 6. Itupun atas jasa baik kekasihnya yang mencarikannya kerja sementara dia menantikan keputusan STPM. Dengan gaji RM500 sebulan, sudah cukup baginya untuk berbelanja dan membantu keluarga. Duit gajinya digunakan untuk membayar bil elektrik dan air.

Tak sampai setengah jam Sufya memasukkan data baru itu ke dalam komputer di kaunter pembayaran itu, dia sudah bersiap-siap untuk pulang. Diintainya sejenak ke bilik bosnya sambil dia mengunci pintu. Setelah dia pasti tiada barangnya yang tertinggal, dia berjalan ke bilik bosnya meminta diri untuk pulang. Dicapainya motor buruk bapanya, dan dia terus meninggalkan kedai buku itu. Sepanjang perjalanan pulang, dia pantas mengingati samada ibunya ada berpesan apa-apa untuk dibeli. Setelah yakin tiada barang yang dipesan, Sufya meneruskan perjalanan. Begitulah rutin setiap hari Sufya sejak 2 bulan yang lalu dia mula bekerja di kedai buku salah sebuah universiti yang berada berhampiran rumahnya. 

"Ya, ni ada surat untuk ya. Pagi tadi sampai." beritahu bapanya. Dicapainya surat yang berada dalam genggaman bapanya. Dilihatnya tertera lambang universiti tempatan diatas sampul surat itu. 
"Terima kasih abah!" balas Sufya sambil membetulkan duduknya di atas katilnya itu. 

Bapanya sudah berlalu dari biliknya. 'Ni surat tawaran universiti ni.' bisik hatinya. Dengan perasaan yang berdebar-debar, Sufya membuka sampul surat itu lantas dibaca isi kandungan surat tersebut. 'Ya, Allah, aku bersyukur dengan rezekiMu ini.' Sufya tersenyum setelah membaca surat tersebut. 'Pasti Abah gembira.' senyumnya lagi. Namun, pantas dia tersedar. 'Macam mana pula dengan Nazrin?' bisik hatinya. 'Boleh ke dia terima keputusan aku ni?' Pelbagai persoalan yang timbul dalam benaknya. 'Ya Allah, Kau berilah aku petunjukMu agar aku tidak khilaf dalam membuat keputusan.' doanya dalam hati. Sufya tersenyum lalu berjalan ke arah ibu dan bapanya. 

"Surat apa tu Ya? Macam penting je Abah tengok." tanya bapanya sebaik melihat Sufya keluar dari bilik. "Surat tawaran universiti abah. Ya dapat masuk UiTM." jawabnya dengan gembira. 
"Alhamdulillah, dapat juga kau masuk universiti ye Ya. Tak sia-sia kau belajar Tingkatan 6." ibunya mencelah. "UiTM mana tu Ya?" soal bapanya lagi. "UiTM Shah Alam Abah. Jurusan Pengurusan Sukan." balasnya. "Dari kecik sampai nak masuk universiti pun, sukan jugak yang kau pilih ye Ya." bapanya membalas sampai mencapai kotak rokok. "Dah rezeki Ya dalam bidang ni Abah, Ya mintak jugak jurusan lain tapi tak dapat. Nak buat macam mana" Sufya berkata sambil mencium pipi bapa dan ibunya. "Dah itu yang dia minat abahnya" tambah ibunya lagi. Sufya tersenyum sambil berlalu ke biliknya. "Minggu depan kita pergi beli barang-barang yang kamu perlukan ke universiti tu ye." beritahu bapanya. Sufya tersenyum dan mengangguk. 

Dibalik pintu biliknya, Sufya terdengar perbualan bapa dan ibunya. "Esok awak teman saya mengangkit ye. Kita pergi ke baruh dulu, lepas tu baru kita ngangkit getah yang kat darat pulak." Ibunya sekadar mengangguk sambil membawa ikan bilis yang sudah selesai dibuang tahi itu ke dapur. 'Ya akan belajar bersungguh-sungguh!' bisiknya hati Sufya sambil melihat senyuman yang terukir dibibir bapanya. 'Itulah senyuman yang Ya nak tengak masa Ya tamat belajar nanti.' azamnya lagi. 

Menitis air matanya melihat kegembiraan yang terpancar diraut wajah ibu bapanya. 'Nazrin?' Sufya tersedar yang dia belum memberitahu kekasih hatinya itu. Lalu dicapainya telefon bimbitnya. 

Awak... (^_^) 
Ya Syg... (^_^) balas Nazrin tak sampai seminit.
Awak buat apa tu? Dah makan? 
Dah,baru lepas makan. Syg dah makan? 
Belum lagi. Tunggu mak masak.
Eh, tak tolong mak masak ke ni? 
(^_^) hihi....tak. Awak, sy de sesuatu nak bagitau awk ni. 
Ape dia? Nampak hepy je ni. 
Saya dapat masuk U!!!! (^_^)

Lama Sufya menanti balasan mesej dari Nazrin. 'Ke mana pulak dia ni?' bisiknya. 

Keesokan harinya, Sufya masih tidak mendapat apa-apa respond dari Nazrin. Setelah dia memberitahu bosnya berkenaan tawaran universiti tersebut, bosnya menyerahkan surat dan borang untuk diisi. "Nampaknya,terpaksa la saya tampal iklan lagi." bosnya berkata sambil tersenyum. "Apa-apa pun, Tahniah Cik Sufya! Belajar la sungguh-sungguh ye." pesan bosnya. "Terima kasih Encik Talib. Halalkan segala makan minum saya sepanjang saya bekerja disini." balas Sufya sambil tersenyum. Sekilas, Sufya terpandang kereta milik kekasihnya dipandu melalui hadapan kedai buku itu. Tak sempat Sufya nak memanggil Nazrin, kereta itu dipandu pecut meninggalkan perkarangan kedai tersebut. 'Kenapa dia tak menoleh?' benaknya berkata-kata. 

Tarikh pendaftaran memasuki kolej semakin hampir, namun hingga kini Nazrin masih diam membisu. Tiada balasan mesej, telefon pun tak angkat. Sufya semakin runsing. 'Salah ke keputusan aku ni? Kenapa dia tak nak faham aku?' Pelbagai persoalan yang bermain difikiran Sufya. 'Ya Allah, ku harap keputusan yang ku lakukan ini adalah yang terbaik Ya Rabb' Sufya berdoa dalam hati.

~to be continued~

Link Saya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Slide Ini Wan n Zril Yg Wat ^_^