Abah : Ija jadi cikgu la...abah teringin tengok sorang anak abah jadi cikgu...(dengan riak muka yang sukar untuk aku gambarkan)
Mak : Jadi cikgu bagus...tengok anak2 mak cik yam tu,,,lagipun ija sesuai jadi cikgu.....
Ija : Tengok la macam mane dulu mak,abah....kalau dah rezeki ija keje lain,nak buat macam mane kan? (dengan riak muka yang agak keliru)
Ni lah dialog antara aku dengan kedua orang tuaku sebelum aku melangkah ke menara gading..aku tahu abah kurang berminat aku ambil jurusan sukan ni...tapi nak buat macam mana,dah rezeki aku dalam bidang ni..nak tak nak abah kena terima jugak..selama 19tahun aku tak pernah berjauhan dengan keluarga,ni la pertama kali aku duduk jauh dari mak dan abah...aku dapat tawaran belajar di UiTM Shah Alam...hanya Tuhan yang tahu betapa aku bersyukur dengan tawaran ni...sebabnya hanya satu...aku nak tunaikan cita2 abah untuk tengok anak2nya berjaya masuk universiti...lagipun abah tak mahu anak2nya ikut jejak langkahnya...hidup susah sampai tua...
Dari kecil sampai besar abah masih lagi menoreh getah...abah jadi askar pun secara tak sengaja...mengikut cerita abah,abah dapat jadi askar pun sebab tolong bawakkan kawannya pergi interview...waktu tu abah bawak sampan...so,kawan abah ajak temankan dia pergi interview jadi askar....secara tak sengaja abah dipanggil untuk interview jugak...akhirnya abah dapat tawaran kerja tu....walaupun waktu tu tahap akademik abah hanya setakat srp je...yela,abah mana pernah rasa kasih sayang seorang ayah...ayah abah meninggal semasa abah masih dalam kandungan opah...atuk tak tinggalkan banyak harta pun...jadi abah dari kecil dah biasa dengan kerja2 kg...sampaikan bila aku menyentuh tangan abah,aku dapat rasakan kekasaran yang terjadi pada tangan abah akibat daripada kerja2 berat yang abah lakukan...kadang2 tu,bila abah nak bersalam dengan orang lain,aku dapat rasakan abah segan sebab tangan kasar abah...tak macam tangan orang lain..yang paling menyentuh sanubari aku bila abah habis menoreh,mesti abah tanya,"busuk tak abah???"...
Aku bagaikan dah lali dengan bau getah skrap tu...aku katakan pada abah,biasa je...pernah satu hari tu,aku nak balik ke shah alam naik tren waktu ptg,pagi hari tu abah pergi menoreh dan angkat getah....semata2 nak bagi aku duit belanja untuk balik shah alam...masa kat stesen ktm tu,abah asyik simpan je tangan abah yang bau getah tu dalam kocek seluar abah...aku tahu abah malu dengan orang bila tangan abah bau getah...tapi aku tak malu pun,biarlah tangan abah busuk bau getah sekalipun,aku tetap nak pegang cium dan bau...sebab bau getah tu la yang membesarkan kami adik beradik sampai kami jadi insan yang berguna sekarang ni...
Aku tak akan pernah lupa kepayahan yang abah dan mak tempuh semata2 nak pastikan aku dapat masuk universiti...mak abah pergi jual sayur,toreh getah tanpa mengira masa...bila mak dan abah tidur,aku dapat lihat betapa penatnya mereka bekerja seharian...kadang2 tu,mak abah tak nyenyak pun tidur...kadang2 terkejut...kadang2 tengah2 malam mak abah terjaga...aku lihat makin hari makin kurus tubuh abah...tambah bila abah nak pakai seluar,terpaksa pakai tali pinggang sebab seluar tu dah longgar...baju pun semua dah besar bagi abah....
Paling buat aku lebih bersemangat untuk belajar bila aku tengok mak dan abah jarang sangat beli baju baru...dalam setahun tu,boleh dikatakan hanya sekali je abah dapat beli baju baru...kadang langsung tak dapat beli dalam setahun....sebabnya bagi mak dan abah,mereka tak memerlukan baju baru..bagi mereka anak2 lebih memerlukan baju...aku lihat baju mak dan abah pakai semua dah lusuh,koyak...sekarang ni aku hanya dapat melihat sahaja kesusahan abah dan mak...sebab aku masih tak mampu nak tolong mereka...
Di universiti pun,bila aku tiada wang langsung,aku paling tak sampai hati nak minta kat abah...sebab aku sendiri dah tengok betapa payahnya abah nak cari rezeki....aku lebih senang meminta dengan abangku....aku tahu,kat kampung mak dan adikku lebih memerlukan wang...aku tahu kadang2 mak tak ada wang nak beli lauk...sampaikan bila tak ada wang,abah pergi memancing...sekurang2nya ada juga lauk nak dimasak....
Mak tak pernah merungut...sebab mak tahu abah penat bekerja...memang mak selalu bergaduh dengan abah tapi tu tak bermakna mak tak sayang abah....buktinya,masa abah sakit batu karang dulu,aku tengok mak la yang paling risau...kadang2 mak termenung panjang...mungkin mak memikirkan hari2 yang mendatang tanpa abah disisi...aku tahu mak sangat sayang abah...cuma mak tak pandai nak pamerkan kasih sayang mak pada abah...tapi mak sentiasa disisi abah sampai sekarang..walaupun banyak cabaran yang mak dan abah tempuh selama ni..
Aku sentiasa berdoa supaya Allah memberikan kesejahteraan kepada mak dan abah..supaya mereka hidup bersama sentiasa...mak dan abahlah tunggak dan inspirasi untuk aku tabah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sini...apa pun yang aku lakukan disini,aku akan ingat pada mak dan abah...aku tak mahu mereka risau tentang diriku...setiap hari aku akan menghubungi mereka...matlamat aku sekarang ini adalah untuk memenuhi cita2 mak dan abah untuk melihat salah seorang anak2 mereka menjadi seorang pendidik...walaupun itu bukan cita2ku tapi aku tetap akan menjadi seorang pendidik suatu hari nanti...dan bila aku sudah tunaikan cita2ku ini,aku akan kumpul duit untuk hantar mak abah pergi mengerjakan haji...aku tahu,mak abah sangat teringin nak pergi Makkah..buktinya tiap2 kali ramadan tiba,setiap malam abah dan mak tak pernah miss tengok siaran langsung solat tarawih di Makkah..tu lah mak dan abah aku...mereka lah insan yang paling aku sayang di dunia ini...aku selalu berdoa supaya aku diberikan peluang untuk memberikan kebahagiaan kepada mereka suatu hari nanti..AKU SAYANG MAK DAN ABAH SAMPAI MATI...
"Ya Allah,Kau permudahkanlah segala urusanku ini agar aku dapat membalas jasa kedua orang tuaku. Hanya padaMu dapat aku memohon segala kemudahan dan hanya padaMu tempatku mengadu. Kau sejahterakanlah kehidupan mereka. Kau berikanlah mereka kesihatan yang baik dan Kau limpahkanlah rezeki kepada mereka. Kau damaikanlah hati kedua orang tuaku agar mereka lebih tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang telah ditakdirkan untuk mereka." Amin Ya Rabbal A'lamin......
(mood: i was crying from beginning i write this note) T_T.....to my beloved siblings that i have been tagged,we all together pray and hope that we can make our parent happy everlasting....
ANAK SEORANG PENOREH GETAH DAN PESARA TENTERA
AYAHANDA TERSAYANG
BONDA TERSAYANG